Rumah Pertama

Gaji RM2,000 nak beli 3 rumah ?!

1.  Orang yang tak pernah nak ambil tahu pasal hartanah , memang akan rasa mustahil benda ni akan berlaku . Dengan gaji RM2,000 nak beli rumah rumah RM200,000 pun tak lepas , apatah lagi nak  beli 3 buah rumah , kan ? Baca bagi habis dulu .

2.  Memang bukan semua orang boleh buat. Tapi kalau kau sanggup buat , kau dapatlah rasa hasilnya nanti. Rahsianya , mulalah dengan yang kecik . Cari rumah lelong yang harganya sekitar  RM100,000 hingga RM110,000 . 

3.  Nak dapatkan modal tu , simpanlah 50% daripada gaji kau . Nak lagi cepat cukup modal dan senang lulus pembiayaan , kau tak payah usik gaji kau tu . Simpan 100% . Kau hidup dengan duit daripada side income.

4.  Bila bank tengok kau boleh simpan RM100,00 sampai RM2,000 setiap bulan , bank akan kagumlah juga . Takkan kau tak mampu nak bayar ansuran rumah lelong tu yang harganya hanya  sekitar  RM500 hingga RM600.

5.  Gaji kecik susah nak lulus pembiayaan ? mungkin kau kena pilih untuk buat side income yang boleh dibuktikan kepada bank akan kewujudan dan asal usulnya . Contohnya , ejen takaful ,  konsultan ASB , jual penapis air ke .

6.  Lepas dapat beli rumah peertama tu , kau buat fully furnished dan sewakan per head . Katakan kau dapat total sewaan RM1,000 . Sebab nak bagi gempak , kita ambil contoh yang paling sedap . Haha ! Logik je . Asalkan kawasan tu bagus .


7.   Kau sewakan 6 bulan , dan kau dah boleh beli rumah yang kedua pula . Tak semua bank ambil 100% hasil sewaan sebagai pendapatan kau . Ada yang ambil 80% dan yang ambil 50% pun ada juga . Ikut bank lah . Jadi kita ambil contoh 80% .

          Gaji Hakiki: RM2,000
          Sewaan: RM1,000 x 80% = RM800
          Total: RM2,800

8.    Jumlah side income kau sekarang adalah RM2,800 . Dari awal dulu , income kau hanya RM2,000 dan sekarang dah naik jadi RM2,800 . Untuk kiraan kelayakan , bank akan kira ikut RM2,800. Tak termasuk side income lain lagi ni haha . 

9.    Apa lagi tunggu , kau mungkin dah boleh beli rumah subsale harga sekitar RM150,000 pula . Nak beli rumah lelong lagi sekali pun boleh . Ikut suka hati kau lah . Kalau lelong , lebih mudah nak dapat rumah positive cashflow sewaannya .

10.  Ulang balik apa yang kau buat dekat rumah pertama tadi tu . Selepas 6 bulan , beli rumah ketiga pula . Pastikan buat tenancy agreement dan dimatikan setem di LHDN . Lepas 6 bulan , tenancy  agreement tu valid sebagai income . 

11.  Rumah ketiga kau , boleh survey yang harga RM200,000 . Mungkin untuk rumah ketiga ni kau kena beli rumah subsale lah . Takkan asyik nak beli rumah lelong je kan ? Haha ! Tapi sebenarnya  ada sebab-sebab dia .  

Nanti lah bila rajin , aku cerita . Kalau tak , panjang pulak blog harini .

       Blog panjang-panjang , bukan kau nak baca pun . 
       Haha ! - IB

Comments